HAFIZ


assalamualaikum semua,

dah lama betul tak tulis semua ni kan, okaylah memang lama tak menulis , yelah dulu memang buat blogger ni satu hobby tapi sekarang banyak urusan dan tanggungjawab nak kena pikul cewah ayat tak pernah kalah . emmm so harini nak cerita pasal apa ekk emm haha memandangkan dah lama tak cerita ni so kasi hakak payung cerita pasal the best of my life ni sikit hehehe

sooo gaisss , mulalah dengan cerita dekat nama title tu 'HAFIZ' yeee nama diberi muhammad amirul hafiz bin zahari amboii penuh bagi nama iyelah mengelakkan salah orang . umo 22, tinggal dekat dalam hati saya hahahaha  , dia pada saya siapa ? emmm kena bagitahu ke ek hahaha 

saya kenal dia ni kat POLISAS masa belajar and masa tu saya sem 3 , nak dijadikan cerita masa sem 3 tu ada subjek kelab and kami kena pilih so saya ni and the geng ( asue, ikin, esoh) nak masuk gamelan tapi aihhh lain pulak jadinya bila sistem kata lagi sorang je yang diperlukan so kami decide nak masuk menari laaa yelah fikir mesti tade laki so masuk jelah menari. dan tibalah hari rabu yang tidak dinantikan, saya pun nervous nak menari apa lah pergi kelas ni , and perjumpaan tu daalam dewan masuk je dewan guess whatttt gaissss ?!!!! lelaki bapak ramai emmm then esoh pun cakap ke salah kita punya tempat ni and bila kami tengok for double confirmm . yess memang betul tu lah kelas kelab seni kebudayaan. okay stop sampai sini, saya sambung kejap lagi

hai gaisssss im back!! okay sambung pada dah tengok ramai lelaki tu , saya and the geng pun redho , tapelah kalau dalam kelas yang belajar ada laki gak kan, and we decide too REDHO DAN PASRAH , hahaha tapi ujian tak berhenti dekat situ je okay, after tu lect suruh kami kenalkan diri dekat depan guna mic so tu tak ujian sangat lagi, ujian yang teruk part semua kena naik pentas laki perempuan and pilih pasangannn urghhhhhh ni paling hurt , WHAT LAKI PEREMPUAN ? TOGETHER? memang saya tak boleh hadam , yang perit bila saya kena pilih dgn senior pandai menari and saya boleh pilih group saya , saya pun ambik semua geng saya hahahahhaha cumaaa emm esoh saya tak lepas nak tarik sebab kena ada 3 pasangan dalam satu group so esoh terpaksa dengan group lain. kesian gila masa tu esoh dan disebabkan tu esoh macam taleh terima laaaa sampai kami pergi mengadap orang atasan bahagian kelab ni untuk masuk kelab lain hahahahaha alasan sebab laki perempuan dicampurkan hahahaha clishe sngt hahaha tapi kantoii dengan lect menari masa tu . kami digroupkan semua perempuan lepas kejadian tu haha who care ? asalkan geng kami tak berpecah hahahaha eh eh eh lupa nak cakap masa pasangan tu , sue dapat pasangan hafiz hahaha tapi entah kenapa masa tu saya tak berapa tgk sangat hafiz cuma saya selalu dengar sue kata dalam semua pasangan geng kami sue punya paling handsome hahahahaha tu menunjukkan hafiz ni handsome k gais 

okay bila settle semua tu , kami pun berempat satu group and lepas pada tu lect menari tu macam ignore kami lah sbb marah punya pasal. hahaha anddd kami di anak tirikan dalam semua hal . sampai lect menari tu bukakkan satu contest pada kami untuk berlatih sbb nak lawan dgn group lain kan . petang setiap hari rabu kami berlatih , tapi masa ni i tak single tak uolss hahahaha tapi i nampak je macam org single yelah ada bf tapi tak cara sngt hahahaha. 

start pada hari berlatih ada geng laki kacau2 lah kami (geng laki ni group menari gak ) yelah mana ada bunga disitu ada kumbang nya hahaha and kami disediakan dengan senior sorang satu kumpulan untuk ajar lah menari hahah nak harapkan kaki ni ukir bunga haha lambat lagi , bila dah ajar dah tahu step sampai habis lagu . senior tu pun tak ajar dah. so geng laki lagilah senior tak ajar gak , kalau ajar pun banyak main main hahaha tapi dorang dapat number satu masa contest tu . haha ala boleh la sbb lect menari tu lect subjek utama dorang . pandai jet sek laki ni. hahaha kami tak boleh la sbb kami pandai kot menari emmm haih kami number berapa ? number last sekali sekian lah haha. masa berlatih punya berlatih tu geng laki ni ada gak usik sebut nama hafiz , panggil nama aku pastu tunjuk hafiz tapi masa tu aku fikir dorang nak kianat kawan je . eh lupa nak cakap masa balik pada sesi perkenalan yg mula2 kelas kat dewan tu , si hafiz ni follow aku kat instagram tapi mmg naluri ni tade rasa apa apa pun bila tengok gambar ooo budak yg menari tadi tu je yg aku fikir. okay back to story lepas dorang asyik ejek2 tu. aku pun ada simpan rasa suka jugak dekat si hafiz tapi part paling tak best bila dah start rasa suka tu emm kawan aku ikin cakap dia dah ada makwe haha okay hancur kejap hati and lepas pada ikin cakap tu si makwe dia ni pulak pernah aku jmpe sbb dia rapat lah jgk ngn ikin masa tu. ada kadang2 masa ikin lepak pun kami pun ada gak , aku pun terus jauhkan diri aku dengan si hafiz ni kawan2 dia cuba kenenkan aku ngan dia , aku buat dunno je hahaha 

sampai lah malam menari, iaitu malam seni kebudayaan hehehe masatu si kawan hafiz ajak lah bergambar lepas dah dapat medal tu kan, kami punn bergambar lah semua sekali , lepas bergambar tu semua . aku pun gatal mintak tukar piala dengan si hafiz ni sbb din kasi piala dekat sue masa tu . aku pun nak piala number satu gak hahaha . aku pun nampak hafiz kat situ, hafiz teragak2 tau nak bagi piala dia , yelah dia nak simpan kat rumah buat koleksi haha tapi aku kacau daun dia , tapi akhirnya dia bagi jugak gais . balik rumah aku happy gila tunjuk kat ibu aku menari dapat nombor 1 hakiktnya no.4 hahahah tapi ibu bukan kesah mana mana nombor asalkan selamat sampai ke rumah . dah malam dalam kul 12 or 1 macam tu ada naik wechat dari si hafiz ni . mintak gambar yg tadi ambik katanya, eleh cakap jelah nak mesej aku hahaha . pastu kami mesej lama gila sampai pukul 3 or 4 pagi camtu . best gak la rasa macam taknak tdur . esokkan harinya dia ada kelas sampai malam . aku g wechat dia tanya nape tak wechat eeei malu gila aku time tu . makin lama makin rapat . dari wechat ke whatsapp sampai lah ke hati hahaha . then kami ada dinner last untuk menari tu and masa tu kena pilih number untuk table . aku setable ngan dia gaissss hahaha tak kenyang makan yelah makan sikit and kami pun ada la bergambar2 . hehe macam bf gf malam tu . boleh tak nak ulang pakai baju kembang macam princess and dia macam groom aku haihh . so best that time .

then pada malam tu hubungan kami lagi serious and dia masa tu jujur dia suka kat aku and aku pun jujur aku suka kat dia , kami sama sama kongsi cerita kami hehehe dan masa tu I rasa ada orang sayang I dengan sepenuh hati dia hahahahah yelah kalau biasa mana dapat semua ni, hahaha okay stop jangan sambung lebih2 nanti sakit hati lak. 

then after dah lebih rapat tu , dugaan macam2 , sampai masa tu memang selalu cakap kita tade jodoh la apa la, tapi hafiz kuat sangat masa tu pertahankan hubungan kami and mmg aku nampak dia sangat serious dengan aku. sampai lah sekarang aku still dengan orang yang sama bernama HAFIZ

Comments

Popular Posts